Makanan yang boleh meningkatkan jumlah sperma

Terdapat beberapa makanan yang memberi faedah kepada anda dari segi meningkatkan jumlah sperma. Di sini, kita akan membincangkan beberapa makanan yang terkenal. Contoh pertama adalah coklat hitam. Coklat hitam mengandungi L-arginin.
Contoh makanan lain yang boleh membantu adalah tiram. Tiram kaya dengan zink, sebuah mineral semulajadi dan penting yang membantu meningkatkan penghasilan sperma. Pisang juga termasuk dalam kategori ini. Ia bukan sahaja sumber yang kaya dengan vitamin B, ia juga kaya dengan sebuah enzim yang dikenali sebagai bromelain. Enzim ini seharusnya berfungsi sebagai perangsang keinginan untuk bersama.
Contoh terakhir adalah telur, yang kaya dengan vitamin E dan protein. Ia dapat membantu dalam penghasilan sperma yang kuat dan sihat dalam testikel. Secara kebetulan, telur juga dipercayai dapat melindungi kita daripada radikal-radikal bebas.Ini bermakna sel-sel sperma anda adalah lebih selamat dengan diet telur yang sihat.
Masalah dengan kebanyakan makanan-makanan ini adalah pengambilan vitamin dan mineral yang baik adalah sangat terhad yang menyebabkan anda tidak nampak akan manfaatnya. Walaupun makanan-makanan ini bagus secara teorinya, tetapi anda perlu mengambilnya dalam kuantiti yang banyak untuk anda nampak perubahan sebenarnya.